Doa-doa Anjuran Nabi Ketika Tertimpa Kesusahan, Bencana, dan Kesedihan
Abu Numair
www.ilmusunnah.com
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengajarkan kepada kita beberapa doa tatkala berhadapan dengan kesusahan, bencana, musibah, atau kesedihan. Yang mana seandainya doa-doa ini dipanjatkan kepada Allah dan diamalkan dengan benar, nescaya Allah akan mengabulkannya sama ada cepat (di dunia) mahupun tertunda (di akhirat), Allah akan memberikan ganjaran pahala kepada yang mengamalkannya, menambahkan kedekatan dengan Allah, menjadi motivasi bagi yang mengamalkannya, mendatangkan ketenangan kepada hati, dan merawat jiwa yang gundah atau hampir putus harap dengan kembali mempererat tautan dan kebergantungan hanya kepada-Nya.
Ikuti artikel sepenuhnya di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=11943
Tampilkan postingan dengan label Musibah. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 27 Desember 2014
Kamis, 25 Desember 2014
Hikmah di Balik Musibah
Hikmah di Balik Musibah
Abu Numair Nawawi bin Subandi
www.ilmusunnah.com
Hampir setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, dan mungkin saat ini, pasti ada sahaja sesuatu yang datang kepada kita, kepada keluarga kita, kepada sahabat-sahabat kita mahupun sesiapa sahaja dari insan yang kita kenali atau pun tidak. Yang berada berdekatan mahupun yang jauh jaraknya dari lokasi kita berada. Suatu perkara yang datang dalam bentuk yang adakalanya tidak kita sangka-sangka. Sama ada dalam bentuk peristiwa, harta atau kemewahan, kesakitan, demam, kegembiraan, dan mungkin juga termasuklah perubahan fenomena alam.
Hakikat dan realitinya, dalam kehidupan kita sebagai manusia yang merupakan hamba Allah, iaitu hamba kepada Rabb yang Maha Pencipta dan yang Mengatur sekalian Alam, kita pasti tidak akan lepas dari menerima atau mengalami pelbagai jenis cubaan, ujian, dan mungkin juga fitnah mahu pun musibah.
Malahan, ujian dan pelbagai jenis cubaan itu sendiri adalah merupakan sunnatullah. Yang mana Allah sendiri telah menyatakan bahawa Dia akan menguji kita dengan sesuatu yang sama ada disenangi mahu pun yang sebaliknya iaitu dari hal-hal yang dibenci.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji dengan keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’, 21: 35)
Baca artikel penuh di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=9967

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji dengan keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’, 21: 35)
Baca artikel penuh di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=9967
Langganan:
Postingan (Atom)